Senin, 01 September 2008

Surat dari Penerbit di Singapura

Kemarin saya mendapat surat dari sebuah penerbit di Singapura. Penerbit ini rupanya mendapat kepercayaan dari "Depdiknas"-nya negari Jiran itu untuk menebitkan buku panduan pendidikan bagi murid sekolah menengah pertama. Kaget dan bangga karena mereka rupanya tertarik dengan produk kami, gitar batik. Sebuah karya seni unik dan eksklusif.

Sebuah pengakuan internasional mengenai khazanah budaya kita.

Tidak semua isi surat saya copy di sini
-----------------

Kehadapan Tuan M. Abduh,

Semoga tuan menerima surat ini dalam keadaan sejahtera. Kami ingin memohon keizinan untuk menggunakan gambar produk tuan dalam terbitan kami. Kami sedang menerbitkan sebuah buku bertajuk Art in Life (Seni dalam Kehidupan) karangan............... dan ....................

Buku ini akan digunakan sebagai buku teks oleh pelajar menengah rendah (berumur 13 - 14 tahun) di Singapura tahun hadapan (2009). Pakej terbitan ini termasuk sebuah Buku Panduan Guru serta CD-ROM. Gambar yang kami perlukan juga akan dimasukkan ke dalam Buku Panduan Guru serta CD-ROM tersebut. Kami berminat menggunakan gambar yang berikut:

Lelaman Internet dimana gambar dijumpai Keterangan Saiz gambar yang akan tertera di dalam buku kami

http://itrademarket.com/rumahbatik/493726/gitar-batik.htm

Gambar tersebut telah kami lampirkan dengan emel ini untuk rujukan anda.

Kami memohon keizinan tuan untuk menggunakan gambar tersebut di dalam terbitan kami, dalam bentuk cetakan dan juga elektronik, buat cetakan kali ini dan juga cetakan-cetakan seterusnya / edisi baru buku yang sama, di masa hadapan. Kami juga memintakan tuan emelkan imej hi-res untuk gambar ini, kalaulah tuan mempunyainya.

Oleh kerana buku ini adalah untuk tujuan pendidikan dan kami punyai bajet yang terhad, kami amat berbesar hati jika tuan dapat mengizinkan kami untuk menggunakan gambar tersebut secara gratis. Jika tidak, sila terangkan harga yang perlu dibayar untuk penggunaan gambar tersebut.

Kami akan memastikan penghargaan diberikan kepada tuan/pihak tuan secara terperinci di dalam buku kami. Namun, jika tuan inginkan ayat penghargaan yang khusus, sila berikan butirannya kepada kami.

Walau bagaimanapun, jika hak cipta gambar ini bukan milik tuan, kami mohon agar tuan rujukkan surat ini kepada yang berhak menerimanya, atau beritahu kami kepada siapa kami harus memohon keizinan. Kami juga amat berbesar hati jika tuan dapat memberikan gambar yang lebih besar dan terang (high-resolution) untuk kegunaan kami. Jika tuan mengenakan bayaran untuk penggunaan gambar tersebut, harap maklum yang kami akan memotong dari harga yang ditetapkan, sebarang cukai atau levi yang perlu kami biayai, yang terbit daripada bayaran itu.

Keterangan lanjut tentang terbitan kami adalah seperti berikut:

Tajuk: Art in Life - Lower Secondary

Keterangan: Buku teks untuk pelajar menengah rendah, berdasarkan sukatan pelajaran terbaru Kementerian Pendidikan Singapura, untuk tahun 2009.

Saiz buku: 275 mm x 215 mm (Buku teks pelajar); 300 mm x 226 mm (Buku Panduan Guru).
Had mukasurat : 184 mukasurat untuk kedua buku (Buku teks dan Panduan Guru)
.............................. dst.

Senaskhah Buku Panduan Guru akan diberikan kepada sekolah-sekolah secara gratis bada tahun pertama. Jika guru-guru menginginkan lebih, setiap Buku Panduan Guru akan dijual pada harga $...............

Tarikh cetakan: November 2008.

Pasaran sasaran: Sektor pendidikan, khususnya di Singapura.
Bahasa penerbitan: Inggeris.

Semoga tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkin. Terima kasih atas sokongan dan bantuan tuan.

Yang benar,
............
Editor
............ ............ Publishing
............ ........... .......... Asia (............)

2 komentar:

  1. Sip mas Abduh, klo untuk pendidikan gitu sih gratisin aja he...he

    BalasHapus
  2. yg saya kagumi bukan saja batiknya mas Abduh tapi penghormatan mereka yang besar dengan meminta idzin untuk memuat gambar. Budaya menghormati karya orang lain ini patut ditiru dan menjadi contoh bagi para penerbit Indonesia maupun kita sendiri jika ingin menggunakan suatu materi karya orang lain. Surat idzinnya perlu dicontoh juga lho..benar2 profesional dan sangat Islami sekali meminta idzin untuk menggunkana. Tq mas atas share pengalaman baiknya.

    BalasHapus